Resepi : BUBUR TALBINAH



Image may contain: food

Assalamualaikum..salam ukhuwah. Semoga kita semua di bawah lindungan Allah. Hari ini kita nak berkongsi resepi bubur Talbinah bagi pesakit yg ada masalah Ulser & tidak lalu makan atau mahu beramal makanan sihat untuk usus cuba & rasa sendiri keajaiban Talbinah iaitu sejenis resepi makanan turun temurun sejak zaman berzaman para anbia.
 . Apa itu Talbinah??? Jom baca di bawah

Rasullullah bersabda:
Talbinah itu menenteramkan hati orang yg sakit, menghilangkan sebahagian kesedihan.
(HR Al-Bukhari, 5417 & Muslim, 2216)


RESEPI BUBUR TALBINAH

Bahan2:

1/2 mangkuk Barli Kisar
2 sudu besar Madu
2 Cawan susu Kambing@lembu
7 Biji Kurma Ajwa
Sedikit Air


Cara sediakan:

Gaul tepung Barli & Air dalam periuk dgn api sederhana. Apabila sudah likat, masukkan madu. Kemudian akhir sekali masukkan susu & gaul hingga likat. Masukkan hirisan Kurma Ajwa. Siap untuk dihidang.




SELAMAT MENCUBA 😍

Ulasan