PUSRAPI HQ INFO: Bekam Menyembuhkan Racun dan Sihir




﷽


‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎اللهم صل على محمد وآل محمد

_Ya Allah…._
_Sihatkan Tubuh Badanku,_
_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_
_Berkatkan Rezekiku._
_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._
_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


DARI Ka’b bin Malik bahawa ada seorang perempuan Yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi s.a.w di Khaibar. Baginda pun bertanya: “Apakah ini?” Wanita itu menjawab: “Hadiah.” Wanita itu berhati-hati jangan sampai mengatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian Nabi s.a.w makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda: ‘Hentikan!” Kemudian baginda bertanya kepada wanita itu: “Apakah kamu telah meracuni kambing ini?” Wanita itu menjawab: “Ya.” Baginda bertanya: “Mengapa?” Wanita itu menjawab: “Aku ingin, sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu.” Maka Nabi s.a.w berbekam tiga bekaman di tengkok serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka, mereka pun berbekam, tetapi sebahagian dari mereka meninggal.
                                (HR. Abdurrazzaq (19814). Kisah ini ada sumbernya dalam riwayat Bukhari)

            Ibnul Qoyyim berkata: ‘Ketika Nabi s.a.w berbekam, baginda berbekam di tengkok yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam.”

            Saya katakan: “Demikianlah, juru bekam menjadi bahagian dari prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka.” Perhatikan, Rasul s.a.w dan umat Islam telah memakan kambing beracun. Tidakkah cara penyelesaian paling mudah adalah memuntahkan isi perut saja, kerana ini berkait dengan organ pencernaan? Nabi s.a.w segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan bekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai bekam.

            Dalam hadith di atas kita melihat bahawa sebahagian racun telah bekerja lebih dulu daripada bekam pada sebahagian sahabat dalam hadith lain pada seorang sahabat, lantas dia meniggal dunia kerana kesan racun.

            Mengutip dari kitab At-Tadawi bil Hijamah fil-Islam, hal. 45,46 dalam buku Ath-Thibbu An-Nabawi wal-Ilmul Hadits, Nasimi, Jilid III hal. 99
          Doktor Nasmi mengatakan: “Kedoktoran moden mengakui manfaat dikeluarkannya darah untuk mengatasi keracunan dan menganjurkan pemindahan darah sesudahnya. Suatu kenyataan yang dapat diterima umum/kewajaran bahawa ketika doktor tidak boleh membuka sumbatan urat leher dengan jarum besar dan ia tidak ingin melukai urat leher itu dengan memutusnya, maka bekam yang termasuk dalam kategori pengeluaran darah merupakan cara satu-satunya yang disarankan….” Dari ‘Abdullah bin Ja’far: “Bahawa Nabi s.a.w berbekam setelah terkena racun.”
                                                                        (HR. Thabrani para perawinya thiqah)

            Dia juga mengatakan bahawa tidak ada nas sahih yang menentukan tempat yang dibekam kerana munculnya warna merah darah di badan, kesurupan dan keracunan. Barangkali pembekaman dilakukan pada akida ‘ain dan tengkok.

            Kononnya, pengaruh racun ini masih ada yang tertinggal pada diri Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar, sehingga menjadi penyebab kesyahidan beliau berdua. Wallahu a’lam.
Ibnul Qoyyim berkata dalam Ath-Thibbu An-Nabawi, hal. 82, “Abu ‘Ubaid di dalam bukunya Ghoribu I-Hadith, meriwayatkan dengan isnadnya dari ‘Abdurrahman bin Abu Laila bahawa Nabi s.a.w berbekam di kepalanya dengan menggunakan tanduk ketika thobba (terkena sihir). Abu ‘Ubaid mengatakan bahawa makna thobba adalah suhiro (terkena sihir). Bagi yang berpengetahuan dangkal, riwayat ini susah dimengerti, sehingga ada yang mengatakan: “Apa hubungan antara bekam dengan sihir? Apa kaitan antara penyakit dengan ubat ini?” Andaikata orang yang mengatakan demikian itu mendapati bahawa Aprocates atau Ibnu Sina dan lain yang menyatakan pengubatan jenis ini, tentulah dia mempercayai dan menerimanya serta mengatakan: “Ini telah dinyatakan oleh pakar yang tidak diragui lagi pengetahuan dan kehebatannya.”

            Saya katakan, Allahu Akbar! Apakah kaitan antara bekam dengan sihir? Kita sudah mengetahui apa itu bekam. Lantas, apakah sihir itu? Sebagaimana dikatakan Ibnul Qoyyim, sihir adalah: “Kombinasi dari pengaruh roh-roh jahat serta reaksi kuat yang alamiah terhadapnya. Itulah sihir yang paling berat, apalagi  pada bahagian-bahagian tubuh yang boleh dicapai oleh sihir. Penggunaan bekam pada bahagian tubuh yang terkena kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya.”

            Saya katakan, sihir itu terjadi melalui makanan atau minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin ke dalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir, kecuali Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama? Alangkah baiknya apabila dua acara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ
019-449 9929
ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ

Ulasan