PUSRAPI HQ INFO: Kelebihan Mengamalkan Bersiwak dalam Rutin Seharian

﷽

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
‎اللهم صل على محمد وآل محمد

_Ya Allah…._
_Sihatkan Tubuh Badanku,_
_Tambahkan Ilmu Pengetahuanku,_
_Berkatkan Rezekiku._
_Tingkatkan amal Ibadatku untuk taat perintahmu._
_Ya Allah Jadikan Hatiku Sentiasa Ingat Pada Mu._

‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞
‎💝💞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ💝💞


 Kelebihan Mengamalkan Bersiwak dalam Rutin Seharian


Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.
Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “. ( Riwayat Muslim )
Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti kayu arak( siwak ), rotan manggar kelapa dan lain-lain.
Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. 
( Riwayat Baihaqi )
Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “. ( Riwayat Ahmad )
Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
Di antara kelebihan bersugi ialah :
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )
✨Dapat menambahkan akal.
✨Dapat mencerahkan mata.
✨Melambatkan tumbuh uban.
✨Dapat menggandakan pahala.
✨Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .
( Rujukan Kitab – Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )

Kepada yang ingin mencuba keberkesanan Produk Pusrapi @ mendapatkan rawatan bolehlah hubungi kami untuk tempahan@temujanji: 

Ustazah Siti (Kulim) 019-449 9929 
Ustazah Husna (Jitra/Alor Setar) 019-496 6316
Ustazah Wahida (Pauh Jaya) 012- 552 0195
Ustaz Syamizam (Alma Jaya) 019-5896783 
Ustazah Min (Alma Jaya) (017-426 6908)
Ustazah Rahmah (Alma Jaya) 012-449 5689
Siti Sarah  (Pulau Pinang Island)013-451 3459
Pn. Nor Aniza (Bangi)(012-319 2542)
Ustaz Mfedzly Faudzi (Sungai Petani) 0192446855
Ustazah Lyana Rahim (Sungai Petani) 0195004594
Siti Rahayu (Manjung): 013-4888201
Radhi & Mira (Johor) : 013-360 8577
Husna (Pahang) : 019 4228228


Indah Islam Memberi Rahmat,
Al-quran Sunnah Pegangan Umat,
Bila sakit rindu sihat,
Sunnah Nabi Terbukti Hebat,

"Hidup Lebih Sihat...Bila Sunnah Terpahat" ✿‿✿

Pusrapi
Sembuh.Tanpa.Ubat
(◕‿◕)
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

ⓟⓤⓢⓡⓐⓟⓘ
019-449 9929
ⓢⓔⓜⓑⓤⓗ.ⓣⓐⓝⓟⓐ.ⓤⓑⓐⓣ

Ulasan