pusrapi hq : habbatus sauda


Habbatus sauda
Habbatus sauda merupakan perkataan Arab bagi jintan hitam. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama bijan hitam di Malaysia. Ia amat terkenal sebagai salah satu rempah-ratus tertua yang banyak kebaikan kepada kesihatan.
Rempah ini berbentuk butiran biji kecil berwarna hitam. Ia telah digunakan secara meluas oleh masyarakat India, Pakistan, dan Timur Tengah untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Jenis tanaman ini digelar sebagai tanaman ubat dalam sejarah perkembangan awal agama Islam.
Habbatus sauda mempunyai banyak nama lain, antaranya black seed, black caraway, natura seed, jintan hitam, bijan hitam, black cumin, nigella sativa, kaluduru, dll. Ia digunakan sebagai herba ubatan sejak 2000-3000 tahun sebelum Masihi. Khasiat habbatus sauda banyak tercatat dalam catatan ilmuwan terdahulu. Ibnu Sina adalah antara pengkaji manfaat habbatus sauda untuk kesihatan dan perubatan. Ahli perubatan Yunani kuno, Dioscoredes, pada abad pertama Masihi juga telah mencatat manfaat habbatus sauda untuk mengubati sakit kepala dan saluran pernafasan.

10 Kebaikan Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

1. Anti Penuaan
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard pada tahun 2010, mereka mendapati habbatus sauda kaya dengan vitamin B dan zat besi. Manakala, kebanyakan orang yang kekurangan vitamin B dan zat besi dalam badan akan menunjukkan simptom seperti rambut cepat beruban, rambut gugur dan kurang daya ingatan. Simptom-simptom ini menunujukkan ciri-ciri penuaan. Jadi, habbatus sauda yang kaya dengan vitamin B dan zat besi dapat membantu melambatkan proses penuaan.
Selain itu juga, orang Cina turut mempercayai bahawa nutrisi dalam jintan hitam mampu melambatkan proses penuaan. Ia membantu mencegah pembentukan pigmen dan kedut. Malah, ia juga melindungi kulit daripada kesan sinar ultra violet matahari.

2. Elak Sembelit Dan Masalah Penghadaman
Dr. Amol Ghosh dari N.R.S. Hospital di Kolkata, berkata, “Jintan hitam dapat membantu mengubati sembelit kerana serat yang tinggi dan asid lemak tak tepu yang terkandung di dalamnya. Minyak yang terdapat dalam habbatus sauda dapat melicinkan usus anda, sementara seratnya pula membantu melancarkan pergerakan usus. Biji-bijian ini juga membantu membersihkan cacing di saluran usus anda dan memperbaiki proses pencernaan.” Habbatus sauda yang dikisar dan direndam semalaman akan menyebabkan ia mudah dicerna.

3. Menstabilkan Tekanan Darah
Habbatus sauda kaya dengan magnesium yang membantu menghalang hipertensi. Lemak poli tidak tepu dan sebatian sesamin yang terdapat pada minyak bijan hitam diketahui dapat mengekalkan tekanan darah pada tahap normal.

4. Kulit dan Tulang Yang Sihat
Kalsium dalam habbatus sauda membantu tulang menjadi kuat. Manakala, zink membantu menguatkan dan meningkatkan ketumpatan tulang. Bijan hitam ini sangat digalakkan kepada lelaki tua dan wanita menopause kerana golongan ini berisiko tinggi untuk menghidap osteoporosis.
Habbatus sauda juga kaya dengan Vitamin E, yang menjadikan kulit anda sihat dan bertenaga. Minyak bijan hitam juga disyorkan untuk digunakan pada bayi. Bayi yang diurut dengan minyak bijan akan merasa selesa dan dapat tidur yang lena. Selain itu, ia juga baik untuk kulit bayi yang naik ruam.

5. Baik Untuk Kesihatan Jantung
Jintan hitam kaya dengan sesamolin dan sesamin, iaitu bahan-bahan yang dikenal pasti mampu menurunkan kadar kolesterol. Ia juga mengandungi magnesium yang membantu menstabilkan tekanan darah. Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam kebanyakan biji dan kacang yang digunakan di Amerika Syarikat, habbatus sauda adalah biji yang mengandungi jumlah phylosterols tertinggi.
Phylosterols menurunkan tahap kolesterol. Phylosterols dari tumbuh-tumbuhan dan kolesterol daripada haiwan mempunyai struktur kimia yang serupa. Namun, jika anda makan makanan yang kaya kandungan phylosterols, maka hanya sedikit kolesterol yang akan diserap ke dalam darah anda. Secara tidak langsung, anda telah mengurangkan tahap kolesterol jahat (LDL) dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Elakkan Risiko Kanser
Antioksidan (serat dan lignans) dan phytochemicals (phylosterol) dalam habbatus sauda memberi perlindungan terhadap kanser tertentu seperti kanser kolon. Biji ini juga mengandungi sesamin yang dapat melindungi hati dari kesan radikal bebas. Hati yang sihat sangat penting untuk menyahtoksin dan melawan penyakit seperti kanser. Phylosterols pula membantu menurunkan risiko kanser dengan menguatkan sistem imun.

7. Mengurangkan Tekanan
Magnesium dan kalsium dalam bijan hitam dapat melegakan tekanan. Tryptophan dan thiamin dalam bijan hitam membantu dalam pengeluaran serotonin, iaitu sejenis kompaun dalam tubuh manusia yang membantu mengurangkan kesakitan, mengimbangi mood, dan membuatkan tidur lebih lena.

8. Penggalak Susu (Milk booster) Semulajadi
Habbatus sauda memang terkenal dalam kalangan ibu menyusu sebagai penggalak susu semulajadi. Kandungan kalsium, zink, besi, magnesium, kuprum, vitamin B, lemak tak tepu, dan protein dalam habbatus sauda semuanya bermanfaat, terutamanya dalam membantu wanita untuk menyusukan bayi mereka.

9. Mengurangkan Sindrom Pramenstruasi (PMS) Dan Migrain
Kalsium dalam jintan hitam ini sangat bermanfaat untuk mengurangkan masalah sindrom pramenstruasi dan migrain.



Ulasan